Powered By Blogger

Sabtu, 14 September 2013

Kamis, 05 September 2013

Manusia bernafas 23 ribu kali dalam sehari


Surah An-Nahli, ayat 18 :

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

1. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak daripada berlanggar dengan planet Neptune.
2. Kebanyakan debu yang berterbangan di rumah datangnya daripada sel-sel kulit kita yang mati.
3. Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
4. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak daripada yang terdapat di daratan.
5. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan, ia boleh meliputi jalanraya sepanjang 96,000km.
6. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi!
7. Manusia bernafas kira-kira 23ribu kali dalam sehari
8. Orang lelaki mudah mendapat buta warna 10 kali ganda daripada wanita.
9. 54 otot dalam tubuh manusia digerakkan apabila manusia melangkah selangkah ke hadapan.
10. Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi selama 5juta tahun lagi.
11. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9meter.
12. Setiap hari, darah beredar di dalam badan manusia sejauh 180 ribu kilometer.
13. Setiap manusia memiliki purata 100ribu helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.

Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com,Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Fakta terbaru tentang tanah, 1400 tahun lalu Al-Quran telah menjelaskannya



" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid ) dan alat bersuci, " (HR.Muslim) 

Jika kita mengambail segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi bakteria membawa penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian terbaru, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya tanah dari gunung berapi boleh menghapuskan bakteria yang lebih berbahaya. Kini mereka menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.

Seorang Doktor Perancis, Line Brunet de Course mendapatkan tanah dari tanah hijau Perancis yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Ivory Coast dan Kenya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengganggap penemuan tersebut sungguh mengagumkan.

Setelah itu Dr Linda Williams juga mengesahkan bahawa tanah merupakat zat yang sangat bersih, di mana bahan-bahan tersebut mengendalikan aktiviti mikrob dan pada akhirnya dapat melemahkan dan menghilangkannya.

Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata: ' Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu pengetahuan dan sel -sel hidup. Setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan-bahan yang steril ! "

Para penyelidik mendapati bahawa beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak dapat dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini diterbitkan dalam jurnal " New World " pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang di makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini : sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!

Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ilmuwan baru- baru ini, sebagai berikut:

1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di alam !
2. Tanah mampu menghapuskan bakteria yang tidak dapat dibunuh oleh bahan kimia
3. Tanah merupakan bahan terbaik untuk membersihkan air ! !
4. Tahan adalah bahan semulajadi yang dimurnikan air.
5. Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.
6. Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik terbuat dari tanah!
7. Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.
8. Ruang yang terdapat di antara butiran- butiran tanah berukuran 50% dari ukurannya
9. Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.
10. Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit .

Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil. Sebelum 14 abad lalu tanah adalah benda suci sebagaimana kita ketahui hubungan antara sel-sel dan tanah. Kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.

Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda:

جعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid ) dan alat bersuci "

Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air ( 3) .

Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita selalu  melarang anak -anak kita yang suka bermain dengan tanah dan selalu anak-anak kita cuba untuk menggenggam tanah yang kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang steril yang mengungguli fungsi sabun dari jenis terbaik! Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.

Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang  dari Allah swt tatkala berbagai penemuan -penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya  disebabkan keterbatasan ilmu. 

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Ucapan Firaun ketika menyeksa isterinya


Orang-orang yang bertaqwa dan menyembunyikan ketaqwaannya dikalangan ummat ini jumlahnya tidaklah sedikit, baik dewasa maupun anak-anak, lelaki atau perempuan. Diantara mereka adalah Asiah Binti Mazahim, isteri Fir'aun. Dialah yang dimuliakan oleh Alah Ta'ala di dalam Al Qur'an. Allah berfirman:
66:11
66:11
"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata;" Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (QS At-Tahriim: 11)

Yahya bin Salam berkata, "Adapun firman Allah" Allah mengenai isteri dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir (QS AT Tahrim: 10) adalah perumpamaan yang disebutkan Allah sebagai teguran terhadap Aisyah dan Hafsah ketika mereka berselisih dengan Rasul SAW, dimana mereka ' berunjuk rasa 'kepada beliau. Lalu Allah membuat perumpamaan juga kepada mereka berdua tentang Isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran, sebagai motivasi untuk berpegang teguh dalam ketaatan dan konsekuen terhadap agamanya.

Ada juga yang mengatakan "Ini adalah dorongan bagi kaum mukminin agar sentiasa bersabar ketika ditimpa cubaan. Yakni jagalah kesabaranmu ketika mendapatkan cubaan yang lebih lemah daripada kesabaran isteri Fir'aun ketika dia menghadapi tekanan dari Fir'aun. Dimana pada waktu itu Asiah beriman apa yang dibawa Musa. 

Abul Aliyah berkata, "Fir'aun mengetahui keimanan isterinya, lalu dia keluar di hadapan khalayak ramai seraya berkata, 'Apakah yang kalian ketahui tentang Asiyah binti Mazahim? Mereka memujinya. Maka Fir'aun berkata kepada mereka, "sesungguhnya dia menyembah Tuhan selain aku. "Mereka bertanya kepadanya (Jika demikian) bunuhlah dia." Kemudian dibuatkan untuknya tiang. Setelah itu tangan dan kakinya diikat.

Diapun berkata, "Ya tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga. "Hal itu bersamaan dengan kehadiran Fir'aun di tempat penyiksaan itu. Maka dia (asiyah) tertawa ketika melihat rumahnya di syurga. Fir'aun mengulas., "Apakah kalian tidak merasa hairan dengan kegilaannya. Kita menyiksanya, namun dia tertawa. "Setelah itu keluarlah rohnya dari jasadnya.

Salman Al farisy berkata sebagaimana diriwayatkan Usman Al Hindy, "Awalnya dia diseksa dengan panas matahari. Ketika sinar matahari menyengatnya, para malaikat melindungi dengan sayap-sayapnya. "Dikatakan kedua tangan serta kakinya ditancapkan di bawah sinar matahari, sedangkan punggungnya menyentuh rantai yang melingkar. Lalu Allah memperlihatkan kepadanya hingga dia melihat tempatnya di syurga. "Hasan berkata," bahawasanya tempatnya di bina dari mutiara, "tatkala dia berkata," selamatkanlah aku. "Lalu Allah menyelamatkannya dengan sebaik-baik penyelamatan. Lalu dia mengangkat rohnya ke syurga. Disana dia makan, minum dan bersenang-lenang.

Inilah ciri-ciri wanita beriman. Dia hidup di bawah kekuasan Fir'aun dengan berbagai macam bahaya. Sementara suaminya adalah manusia paling kafir kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Ketika itu Firaun telah mengakui dirinya sebagai Tuhan serta dzat yang patut disembah sebagai sekutu Allah. Namun Asiyah tidak tunduk pada keadaan yang demikian, bahkan dia menyerahkan segalanya kepada Allah baik ketika susah mahu pun senang. Memohon kepada Allah dengan berdoa untuk diselamatkan dari Firaun dan perbuatannya, baik kekufuran, kezaliman dan kesombongannya. Sebagaimana dia memohon keselamatan dari kaum yang zalim, yakni orang-orang qibti penduduk Mesir. Makbul terhadap permohonannya tidaklah lambat. Allah telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi. Dia telah membina istana untuknya di syurga.!!

Bahaya radioaktif Al-Quran mendahului zaman



Dan Allah telah jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai (bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia), demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu menyerah diri (sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81

Secara ringkasnya ayat 16:81 ini adalah satu ayat saintifik, yang mengandungi ilmu yang tinggi lagi hebat. Ianya juga ayat hukum dan perundangan iaitu keperluan umat Islam menyediakan pakaian atau sistem pertahanan sel-sel badan dan otak.

Ianya harus dikaji dan difahami dengan ayat 16:48 dan ayat 51:1-11. Ianya menjelaskan tentang bahaya dari pencemaran kuasa getaran (string vibration) seperti “ionization” dan kuasa radiasi seperti pancaran radioaktif dan gelombang elektromagnetik. Manusia tidak boleh menuduh Allah SWT zalim (kerana tidak memberi ilmu) sekiranya tubuh-badan dan minda mereka rosak disebabkan kesan dan impak pencemaran radiasi.

Dalam ayat ini Allah SWT membuktikan kepada manusia bahawa kitab Al-Quran adalah kitab yang mendahului zaman, kitab yang mengajar umat Islam perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difahami oleh manusia yang hidup pada zaman Nabi SAW.