Powered By Blogger

Selasa, 19 April 2011

20 AMALAN MEMURAHKAN REZEKI.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi REZEKI dan rasa kaya dengan Pemberian-Nya.Berdasarkan konsep Rezeki,Allah memberi jalan buat setiap Hamba-Nya untuk memperolehi Rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Di antaranya:


1.MENYEMPITKAN DIRI BERIBADAH.

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembah-Mu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."

(H.R.AHMAD,TIRMIZI,IBNU MAJAH DAN AL-HAKIM DARI ABU HURAIRAH R.A).

2.MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR.

ISTIGHFAR adalah rintihan dan PENGAKUAN DOSA seorang Hamba di depan Allah,yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada Hamba-Nya lalu Dia berkenan MELAPANGKAN JIWA dan KEHIDUPAN SI HAMBA.
SABDA NABI S.A.W.:

"Barangsiapa memperbanyak ISTIGHFAR maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala KEDUKAANNYA,MENYELESAIKAN SEGALA MASALAHNYA dan MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA."

(H.R.AHMAD,ABU DAUD,AN-NASA'I,IBNU MAJAH dan AL-HAKIM DARI ABDULLAH BIN ABBAS R.A)

3.TINGGALKAN PERBUATAN DOSA.

ISTIGHFAR tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup rezeki.Sabda Nabi S.A.W.:

"Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya"

(H.R. AT-TIRMIZI)

4.SENTIASA INGAT ALLAH.

Banyak ingat Allah buatkan hati TENANG dan KEHIDUPAN TERASA LAPANG.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.FIRMAN-NYA:

BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM

(yaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Shodaqallahul 'Aziim

AR RA'D AYAT 28.

5.BERBAKTI DN MENDOAKAN IBU BAPA.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,Rasulullah S.A.W.berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,hendaklah berbakti kepadaibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda S.A.W. juga bersabda:"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya."

(H.R.ABU YA'ALA,AT-TABRANI,AL-ASYBAHANI DAN AL-HAKIM).

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah daripadanya."

(H.R. AL-HAKIM DAN AD-DAILAMI)

6.BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH.

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan ORANG TUA,ORANG SAKIT,ANAK YATIM dan FAKIR MISKIN,JUGA ISTERI dan ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL.

SABDA NABI S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."

(H.R.BUKHARI)

7.TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN.

MENUNAIKAN HAJAT ORANG menjadi sebab Allah MELAPANGKAN REZEKI dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya."

(H.R. MUSLIM)

8.BANYAK BERSELAWAT

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika Hajat Atau Cita-cita tidak tertunai kerana SELAWAT itu dapat MENGHILANGKAN KESUSAHAN,KESEDIHAN,DAN KESUKARAN serta MELUASKAN REZEKI dan MENYEBABKAN TERLAKSANANYA SEMUA HAJAT.

9.BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK.

IBNU ABBAS berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,kemurahan rezeki,kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,menggelapkan hati,melemahkan tubuh,sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.BERPAGI-PAGI

Menurut Rasulullah S.A.W.berpagi-pagi(memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh BERJEMAAH)adalah amalan yang BERKAT.

11.MENJALIN SILATULRAHIIM.

NABI S.A.W. BERSABDA:

"Barang siapa ingin DILAPANGKAN REZEKINYA dan DILAMBATKAN AJALNYA maka hendaklah dia MENGHUBUNGI SANAK SAUDARANYA."

(H.R.BUKHARI)

12.MELAZIMI KEKAL BERWUDUK.

Seorang Arab desa menemui RASULULLAH S.A.W.dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu DIMURAHKAN REZEKI oleh Allah.Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan BERSIH(dari hadas)nescaya Allah akan MEMURAHKAN REZEKI."

(DIRIWAYATKAN SAYIDINA KHALID AL-WALID)

13.BERSEDEKAH.

SEDEKAH mengundang RAHMAT Allah dan menjadi sebab Allah Buka PINTU REZEKI,Nabi S.A.W. bersabda kepada ZUBAIR BIN AL AWWAM:

"Hai Zubair,ketahuilah bahawa KUNCI REZEKI hamba itu ditentang ARASY,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang memperbanyakan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan nescaya Allah menyedikitkan baginya."

(RIWAYAT AD-DARUQUTHNI DARI ANAS R.A).

14.MELAZIMI SOLAT MALAM(TAHAJUD)

Ada keterangan bahawa amalan SOLAT TAHAJUD MEMUDAHKAN MEMPEROLEH REZEKI,menjadi sebab seseorang itu DIPERCAYAI dan DIHORMATI ORANG dan DOANYA DIMAKBULKAN ALLAH.

15.MELAZIMI SOLAT DHUHA.

Amalan SOLAT DHUHA yang dibuat waktu orang sibuk dengan urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri,Firman Allah dalam hadis Qudsi:

"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau MALAS mengerjakan 4 rakaat pada permulaan siang(Solat Dhuha),nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."

(H.R. AL-HAKIM DAN THABRANI)

16.BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

SYUKUR ertinya MENGAKUI SEGALA PEMBERIAN daN NIKMAT DARI ALLAH.Lawannya adalah KUFUR NIKMAT ALLAH BERFIRMAN:

BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM

Dan(ingatlah juga),tatkala Tuhanmu mema'lumkan:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah(nikmat)kepadamu,dan jika kamu mengingkari (nikmatku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

IBRAHIM AYAT 7

FIRMAN-NYA LAGI:

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.Barang siapa menghendaki pahal dunia,niscaya Kami berikan kepadanya,dan barang siapa menghendaki pahala Akhirat.Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

ALI 'IMRAN AYAT 145.

Shodaqallahul 'Aziim

17.MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT AL -QURAN TERTENTU.

ZIKIR dari ayat-ayat Al-Quran atau ASMA'UL HUSNA selain MENENANGKAN ,MENJERNIHKAN dan MELUNAKKAN HATI,ia mengandungi Fadhilat khusus utk KELUASAN ILMU,TERBUKA PINTU HIDAYAH,DIMUDAHKAN FAHAM AGAMA,DIBERIKAN KEMANISAN IMAN dan DILAPANGKAN REZEKI.Misalnya,DUA AYAT TERAKHIR SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129 FIRMAN-NYA:

BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM

128.Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaanmu,sangat menginginkan(keimanan dan keselamatan)bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

129.Jika mereka berpaling(dari keimanan)maka katakanlah:"Cukuplah Allah bagiku;tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang Agung."

Shodaqallahul 'Aziim

Jika di baca secara KONSISTEN 7 KALI setiap kali lepas Solat dikatakan boleh menjadi sebab Allah melapangkan kehidupan dan murahkan rezeki .Salah satu Nama Allah ,AL-FATTAH(MAHA MEMBUKAKAN)dikatakan dapat menjadi sebab di bukakan rezeki jika diwiridkan selalu;misalnya dibaca "YAA ALLAH,YAA FATTAH"berulang-ulang diiringi Doa:"Ya Allah ,bukalah hati kami utk mengenali-Mu,bukalah pintu Rahmat dan Keampunan-Mu,YAA FATTAH YAA ALIM.Ada juga Hadis menyebut,siapa amalkan baca surah AL-WAQIAH setiap malam,dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18.BERDOA

BERDOA menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,penuh bergantung dan mengharap pada Rahmat dan Pemberi dari-Nya.Dalam Al-Quran,Allah suruh kita meminta kepada-Nya,nescaya Dia akan perkenankan.

19.BERIKHTIAR SEHABISNYA

Siapa BERUSAHA,dia akan dapat.Ini SUNNATULLAH.Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya tapi agama hanya Allah beri kepada orang dicintai-Nya saja.

(RIWAYAT AHMAD,IBNU ABI SYAIBAH DAN AL HAKIM)

Bagi orang beriman,tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang membawa kepada MURAH REZEKI dalam skop yang luas.Misalnya,hendak TENANG dibacanya Al-Quran,hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,hendak dapat jiran yang baik dia sering BERUSAHA JADI BAIK,HENDAK REZEKI BERKAT DIJAUHINYA YANG HARAM dan sebagainya.

20.BERTAWAKKAL.

DENGAN TAWAKKAL,seorang itu akan DIREZEKIKAN rasa kaya dengan firman Allah dalam Surah ATH-THALAAQ AYAT 2-3:Firmannya:


BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM

2.Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

3.Dan nenberinya rezeki dari arah tiada disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)nya.Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Shodaqallahul 'Aziim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH dengan sebenar-benar TAWAKKAL ,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."

(H.R.AHMAD,AT TIRMIZI,IBNU MAJAH,IBNU HIBBAN,AL-HAKIM DARI UMAR BIN AL KHATTAB R.A)

Pendek kata bagi orang Islam utk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya kuncinya adalah amalan-amalan TAKWA.Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya KASIH SAYANG ALLAH,LALU ALLAH LIMPAHI HAMBA-NYA DENGAN KELUASAN REZEKI DAN RASA KAYA DENGAN PEMBERIAN-NYA

WAALLAHUALAM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar